Microsoft Menyediakan Halaman Khusus Untuk Pengguna Macbook Beralih Ke Surface Book

Microsoft Menyediakan Halaman Khusus Untuk Pengguna Macbook Beralih Ke Surface Book

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Microsoft dan Apple pernah mempunyai sejarah berperang antara satu sama lain dalam arena perkomputeran sebelum ini. Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan Surface Book bersama-sama Surface Pro 4, dan ketika itu mereka telah membuat beberapa perbandingan dengan Macbook dari segi prestasi dan penawaran untuk pengguna.

Terkini, Microsoft turut menyediakan sebuah halaman khusus untuk pengguna Macbook yang ingin beralih kepada Surface Book.

Surface Book

Melalui halaman berkenaan, Microsoft memberikan beberapa tips untuk pengguna Macbook yang ingin beralih ke Surface Book – termasuk tips untuk memindahkan dokumen, gambar, emel, serta tips untuk menggunakan Surface Book bersama-sama iPhone, iCloud dan iTunes.

Perkara seperti ini boleh dikatakan telah menjadi trend akhir-akhir ini, termasuk beberapa pengeluar Android menyediakan tips untuk beralih daripada iPhone ke peranti mereka, selain Apple yang menyediakan aplikasi khusus untuk berpindah dari peranti Android ke iPhone.

Walaupun ia boleh dikatakan sebagai strategi pemasaran, tetapi dari segi pandangan pengguna, penyediaan tips ini boleh dikatakan sebagai amat berguna kepada pengguna yang ingin beralih dari satu platform ke platform yang lain.

Layari : Mac ke Surface Book


TIPS & ULASAN