Facebook Mengemaskini Tab Notifikasi Pada Peranti Mudah-Alih – Memaparkan Info Seumpama Google Now

Facebook Mengemaskini Tab Notifikasi Pada Peranti Mudah-Alih – Memaparkan Info Seumpama Google Now

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Dari hari ke hari, Facebook dilihat meliputi pelbagai aspek kehidupan harian kita seperti kalendar, lokasi sekeliling, peringatan, berita semasa dan sebagainya. Kini, Facebook dilihat mengintegrasikan semuanya di dalam satu tab yang sama, Notifications.

Kini, pada tab Notifications, selain daripada hanya notifikasi biasa sahaja, pengguna turut boleh melihat peringatan seperti hari lahir rakan, peringatan kalendar, melihat skor pasukan bola sepak kegemaran, dan melihat notifikasi daripada Pages yang digemari.

Facebook Notifications

Facebook Notifications

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menambah beberapa informasi berasaskan lokasi – seperti apa yang berlaku disekitar anda, kemaskini cuaca, tempat menarik untuk disinggah berdekatan anda dan sebagainya.

Secara kasar, daripada apa yang diperlihatkan, tab notifikasi baru Facebook ini dilihat berfungsi seumpama Google Now.

Facebook mengatakan mereka akan memperkenalkan kemaskini ini secara berperingkat untuk pengguna Android dan iPhone – bermula daripada pengguna Amerika Syarikat, seperti kebiasaan.


TIPS & ULASAN