Eyecatcher – Gelang Pintar Pelbagai Guna Dengan Paparan E-Ink

Eyecatcher – Gelang Pintar Pelbagai Guna Dengan Paparan E-Ink

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Pasaran jam tangan pintar benar-benar meletup tahun ini apabila pengeluar peranti utama kesemuanya mengeluarkan peranti boleh pakai mereka. Dua jam tangan pintar yang sedang hangat sekarang ialah Apple Watch dan juga Samsung Gear S2. Kedua-duanya menggabungkan rekaan menarik dengan pelbagai fungsi tambahan seperti mengesan nadi pemakai. Tetapi kedua-duanya juga masih mempunyai masalah utama jam tangan pinta iaitu hayat betari yang singkat.

Eyecatcher ialah gelang tangan pintar yang turut boleh berfungsi sebagai sebuah jam tangan pintar pelbagai guna. Berbeza dengan majoriti peranti boleh pakai yang ada di pasaran sekarang ialah menggunakan sebuah paparan e-ink yang besar. Paparan e-ink yang lebar merangkumi keseluruhan tubuh Eyecatcher. Ini membolehkan ia memaparkan notifikasi peranti pintar, jam, gambar dan juga pelbagai corak yang ditetapkan oleh pengguna secara serentak. Menurut pereka Eyecatcher bateri gelang pintar ini boleh bertahan sehingga setahun walaupun hanya sebesar 100 mAh. Setiap gelang pintar ini dijual pada harga $239. Buat masa ini ia hanya boleh ditambat kepada peranti Android dan iOS. Jika anda mahukan peranti boleh pakai yang tidak perlu dicas dengan kerap ini mungkin sesuatu yang anda mahukan.

eyecatcher-2


TIPS & ULASAN