Cari @ Amanz

Satu lagi peranti yang turut diperkenalkan oleh Huawei Malaysia hari ini adalah tablet premium terbaru merkea, dinamakan sebagai Huawei MediaPad M2. Tablet ini hadir dengan rekaan berasaskan logam, dan turut memfokuskan kepada kemudahan dan pengalaman baik ketika menikmati media melaluinya.

Huawei MediaPad M2

Huawei MediaPad M2 hadir dengan skrin bersaiz 8-inci, dan untuk tujuan audio, ia menyertakan sokongan dwi-speaker stereo. Huawei mengatakan mereka menyertakan teknologi Clari-Fi daripada Harman Kardon pada tablet ini.

Dari segi spesifikasi, tablet ini menyertakan skrin 8-inci dengan paparan 1920×1200 pixel, cip pemprosesan Kirin 930 2.0Ghz, memori 3GB RAM, dan ruangan storan sebesar 32GB.

Huawei MediaPad M2

Huawei MediaPad M2

Seperti pada telefon pintar mereka, Huawei turut menyertakan sokongan dwi-SIM pada tablet ini. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 8-megapixel, serta kamera hadapan 2-megapixel. Tablet ini menyertakan bateri berkapasiti 4800mAh.

Seperti Huawei G8, pihak Huawei menawarkan Huawei MediaPad M2 ini pada harga RM1499 di Malaysia, dan akan dipasarkan bermula bulan November kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd