Huawei Nexus 6P Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Seawal Bulan Hadapan

Huawei Nexus 6P Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Seawal Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Dengan pelancaran telefon pintar terkini Huawei, mungkin ramai yang menantikan bilakah telefon pintar dibawah keluarga Nexus daripada Huawei akan hadir ke pasaran Malaysia. Berkongsi mengenainya, pihak Huawei mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia seawal bulan hadapan.

Huawei

Pihak Huawei mengatakan mereka menyasarkan untuk memasarkannya di Malaysia pada tahun ini, dan harga jualannya dijangka melangkaui RM2,000. Berkemungkinan ia akan sedikit lebih mahal berbanding dengan Huawei Mate S yang telah dilancarkan hari ini.

Huawei Nexus 6P hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan QHD, menggunakan cip Snapdragon 810,. memori 3GB RAM, dan bateri berkapasiti 3450mAh. Ia turut menyertakan kamera belakang 12.3-megapixel dengan sokongan rakaman video 4K.

Google-Nexus-6P-tiga-gambar

Melengkapkan peranti ini juga adalah penggunaan pengimbas cap jari, serta menggunakan port pengecasan berasaskan USB Type-C. Turut menjadi fokus peranti ini adalah penggunaan Android 6.0 Marshmallow dan kemaskini terus daripada pihak Google.

Dengan penawaran yang lebih tinggi berbanding Mate S, tidak mustahil untuk kita melihat harganya sedikit berbeza dengan Mate S.


TIPS & ULASAN