Pengguna Peranti Xiaomi? Mari Naik-Taraf Ke MIUI7 Sekarang

Pengguna Peranti Xiaomi? Mari Naik-Taraf Ke MIUI7 Sekarang

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Lanjutan daripada pengenalan kemaskini MIUI 7 untuk pengguna Redmi 2 pada malam semalam, hari ini pihak Xiaomi telah mula memperkenalkannya secara meluas kepada pengguna seluruh dunia. Seperti ramai sedia maklum, kemaskini ini ditawarkan untuk Xiaomi Mi Note, Mi 4, Mi 3, Mi 2, Mi 2S, Redmi 2, Redmi 1S 3G, Redmi Note 4G dan juga Mi Pad.

Bagi anda yang menggunakan peranti ini, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda dengan ke aplikasi Updater, dan memulakan proses kemaskini sekarang.

MIUI7

Jika anda masih tidak menerima kemaskini melaluinya, pihak Xiaomi turut menyediakan alternatif untuk anda memuat-turunnya secara manual ke peranti anda, dan memasangnya, serta menikmati ciri-ciri baru yang dibawakan.

Melalui MIUI 7, Xiaomi mengatakan sistem kini beroperasi lebih 30% pantas, penggunaan bateri meningkat sebanyak 10%, menawarkan lima tema tambahan percuma, menyertakan Child Mode, serta menambah fungsi Showtime untuk gambar profil dalam bentuk video.

Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk membuat salinan pendua data sebelum memulakan proses naik-taraf.

Muat-Turun MIUI 7 ROM Global


TIPS & ULASAN