Pasukan Kebangsaan Untuk DoTA 2 Bakal Ditubuhkan – Dinamakan Taring

Pasukan Kebangsaan Untuk DoTA 2 Bakal Ditubuhkan – Dinamakan Taring

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Sukan elektronik makin mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini, apatah lagi dengan penubuhan Persatuan e-Sukan Malaysia, disamping beberapa wakil tempatan yang menyertai pertandingan sukan-elektronik antarabangsa.

Taring Malaysia

Kini, pihak kerajaan sendiri memberikan sokongan untuknya, dan bakal mengadakan sebuah festival khas pada peringkat kebangsaan dinamakan sebagai Malaysia Cyber Games. Melaluinya, selain memberikan perhatian kepada arena e-sukan, pasukan kebangsaan untuk DoTA 2 juga akan ditubuhkan – melalui pemilihan pemenang daripada acara berkenaan.

Ia dikatakan pemenang akan menerima akses kepada bantuan kewangan, selain menggunakan nama Taring sebagai pasukan kebangsaan Malaysia untuk pertandingan e-sukan.

Pada festival sama, Malaysia Cyber Games juga turut akan menyediakan beberapa pertandingan lain, meliputi permainan seperti Counter-Strike, FIFA dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan minat hari ini pada laman rasmi Malaysia Cyber Games. Ia akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam daripada 11 Disember hingga 13 Disember 2015 ini.

Layari : Malaysia Cyber Games


TIPS & ULASAN