Huawei Ingin Menjadi Jenama Telefon Pintar Ketiga Terbesar Di Malaysia Pada 2016

Huawei Ingin Menjadi Jenama Telefon Pintar Ketiga Terbesar Di Malaysia Pada 2016

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Mengikut data statistik yang dikeluarkan pada pertengahan pertama 2015, Huawei kini menduduki tangga kelima pengeluar telefon pintar tempatan dengan pegangan pasaran dibelakang Samsung, Asus, Apple, dan juga Lenovo. Bergerak kehadapan, pihak Huawei dilihat ingin menyasarkan untuk menjadi jenama ketiga terbesar di Malaysia menjelang penghujung 2016 kelak.

Huawei Malaysia

Huawei sejak daripada tahun lepas telah mula menerima perhatian ramai pengguna, apatah lagi dengan pengenalan Huawei P8 baru-baru ini yang turut mencuri hati ramai pembelinya. Disamping itu, jenama dibawah mereka, Honor turut mempunyai peminat tersendiri.

Salah satu masalah utama yang dihadapi Huawei adalah dalam memposisikan jenama mereka, dimana ramai yang memandangnya sebagai jenama tipikal daripada China – walaupun penawarannya adalah jauh lebih baik berbanding beberapa pesaing.

Mungkin kita akan melihat beberapa kempen pemasaran dan penjenamaan yang dilakukan mereka dalam masa terdekat ini, selain membawa masuk lebih banyak peranti ke pasaran tempatan dengan pantas berbanding pengeluar lain.


TIPS & ULASAN