Cari @ Amanz

Arena startup tempatan agak aktif pada tahun ini, dengan pelbagai pelaburan yang dilakukan oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Terkini, hari ini MAVCAP membuat pelaburan sebanyak RM2.95 juta pada laman dan perkhidmatan SimplyGiving.

SimplGiving merupakan salah satu laman memfokuskan pengumpulan dana, membolehkan sesiapa jua memulakan kempen untuk tujuan kebajikan sosial, dan mengumpulkan dana daripada orang ramai menggunakannya.

Melalui dana pelaburan ini, SimplyGiving akan meneruskan usaha memperluaskan penggunaan platform mereka ke pelbagai negara, selain pada masa yang sama hadir dengan beberapa perkara baru dalam memudahkan organisasi mempertingkatkan impak sosial mereka.

SimplyGiving pada hari ini mempunyai ibu pejabat di Kuala Lumpur, tetapi beroperasi di beberapa buah negara, termasuk Singapura, Hong Kong, Australia, Jepun, Korea Selatan dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd