Opera 33 Kini Dioptimasikan Untuk Internet Perlahan Dan Kurang Menggunakan Memori

Opera 33 Kini Dioptimasikan Untuk Internet Perlahan Dan Kurang Menggunakan Memori

Diterbitkan pada Okt 27, 2015 oleh .

Opera telah mula menggunakan enjin Chromium sejak daripada beberapa versi yang lepas, dimana mereka memperkenalkan versi baru setiap enam minggu sekali, dan bersama-sama dengannya, beberapa perkara baru turut diperkenalkan.

Hari ini, pihak Opera telah memperkenalkan Opera 33 untuk desktop – iaitu Windows, Mac dan juga Linux. Melaluinya, mereka memfokuskan untuk menawarkan pengalaman penggunaan yang baik untuk semua pengguna, walaupun menggunakan internet yang perlahan atau ketika menggunakan komputer lama dengan memori rendah.

Opera 33

Untuk tujuan ini, Opera mengoptimasikan lagi penggunaan Opera Turbo untuk menawarkan kebolehan mengakses web dengan laju walaupun ketika akses internet anda perlahan. Perkara ini dijayakan dengan mengecilkan saiz data yang dihantar dan diterima, termasuk dari segi gambar dan video.

Disamping itu, pihak Opera mengatakan mereka telah mengurangkan penggunaan memori di Chromium, sekaligus membolehkan Opera digunakan tanpa masalah walaupun pada komputer generasi lama dengan pemprosesan dan memori yang rendah.

Opera juga turut mengemaskini penggunaan logo pada pelayar web desktop mereka – menggunakan logo terkini syarikat mereka pada produk Opera 33.

Bagi anda yang menggunakan Opera, boleh menaik-taraf kepada versi terkini melalui kemaskini automatik, atau memuat-turun ia secara percuma daripada laman web rasmi Opera.

Muat-Turun Opera untuk desktop


TIPS & ULASAN