Pada iOS 9, pihak Apple telah memperkenalkan sebuah fungsi baru dinamakan Live Photos, dimana ia merakamkan gambar dalam bentuk video beberapa saat, membolehkan anda merakamkan dan menyimpan detik-detik yang digemari tanpa kehilangannya.
Fungsi ini menerima penerimaan yang positif dan diminati ramai pengguna iPhone. Namun, bagi pengguna iPhone 16GB, ia merupakan suatu masalah besar memandangkan ruangan storan yang terhad, dan saiz gambar Live Photos ini yang sedikit besar berbanding kebiasaan.
Kini, dalam usaha memudahkan pengguna untuk menguruskan gambar Live Photos mereka, iaitu mengubah Live Photos kepada gambar biasa, serta menjimatkan ruangan storan, sebuah aplikasi khusus hadir daripada pembangun bebas, dinamakan Lean.
Menggunakan Lean, ia membolehkan anda memilih gambar yang ingin disimpan, dan membuang Live Photos yang dirakamkan bersama dengannya. Ia mengekalkan pelbagai metadata pada gambar berkenaan dan tidak membuangnya.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, dan ingin membuang beberapa gambar Live Photos anda, mungkin boleh mencuba aplikasi percuma ini yang ditawarkan untuk pengguna iPhone menjalankan iOS9.
- Muat-Turun Lean untuk iPhone