Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai permainan perlumbaan kereta yang realistik di pasaran sekarang. Tiga permainan yang popular ialah Project Cars, Forza Motorsports dan Gran Turismo. Ketiga-tiga permainan ini membolehkan peminat kereta memandu kenderaan idaman mereka di atas litar terkemuka seluruh dunia. Bagi peminat motosikal pilihan permainan simulasi menunggang yang realistik adalah agak menyedihkan. Tourist Trophy ialah satu-satunya permainan di dalam genre ini yang kami ingat dan ianya dihasilkan lebih sedekad yang lalu. Tidak melampau untuk mengatakan peminat motosikal adalah sedikit tersisih di dalam dunia permainan komputer.

Driveclub Bikes 1

Sony hari ini baru sahaja mengumumkan Driveclub Bikes untuk konsol PlayStation 4. Permainan ini menggunakan semula enjin permainan Driveclub untuk memberikan simulasi tunggangan realistik untuk peminat kenderaan dua roda. Sebanyak 12 Motosikal berkuasa besar dari Yamaha, Ducati, Kawasaki, Honda, BMW dan Bimota boleh ditunggang di dalam permainan ini. Driveclub Bikes boleh dimuat turun sekarang dari PlayStation Network dan dijual pada harga $19.99. Sekiranya anda sudah memiliki Driveclub, ia boleh anda muat turun pada harga $15.99.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd