Carian
Google Now Lagi Kurang Menganggu Ketika Memandu Berbanding Siri Dan Cortana
October 28, 2015 Aman

Perkembangan arena peranti mudah-alih turut membuatkan pembangun hadir dengan sistem pintar untuk membantu pengguna kekal berhubung ketika memandu. Sistem operasi mudah-alih utama sedia menyertakan pembantu maya pintar serta menyokong input berasaskan suara melalui sistem mereka, dimana antaranya adalah Google Now untuk Android, Siri untuk iOS dan Cortana untuk Windows.

AAA - Kawalan Suara

Ketika memandu, kebiasaannya, pengguna boleh membuat beberapa arahan berasaskan suara melaluinya, termasuk untuk membuat panggilan, menghantar SMS, membuat navigasi, atau memainkan lagu.

Daripada kajian yang dilakukan oleh AAA Foundation untuk penggunaan sistem ini ketika memandu, mereka mendapati Google Now paling mesra dan tidak menganggu pengalaman pengguna ketika menggunakannya, berbanding dengan Siri dan juga Cortana.

AAA Foundation memberikan skor 3.0 untuk Google Now, diikuti dengan 3.4 untuk Siri dan 3.8 untuk Cortana.

Seperti ramai sedia maklum, sistem berasaskan kawalan suara ketika memandu adalah salah satu perkara yang penting, memandangkan setiap saat anda memandu dengan jarak yang jauh sekaligus memungkinkan pelbagai perkara berlaku di atas jalan raya.

Komen