Carian
(Konsep) Snail Haptor – Kabel USB Seumpama Sesungut Sotong Yang Mudah Dilipat
October 28, 2015 Effi Saharudin

Snail Haptor ialah konsep kabel USB yang menyelesaikan beberapa masalah berkaitan kabel pengecas yang menghantui pemilik peranti sejak zaman berzaman. Kabel ini mempunyai permukaan seakan pelekap pada sesungut seekor sotong. Pelekap vakum ini memastikan ia tidak akan mudah tertanggal ketika disimpan di dalam beg.

Snail-Haptor-2

Di dalam posisi terbuka pula sesungut ini boleh dilekapkan ke permukaan meja dan anda tidak perlu risau peranti yang dicas terjatuh kerana permukaan yang diletakkan adalah licin. Di dalam posisi terlipat pula ia dengan mudah bertukar menjadi tetongkat kepada peranti. Konsep Snail Haptor ini dihasilkan oleh ShenZhen Lofree Culture ini bukan menyelesaikan tiga masalah dengan hanya meniru ciptaan semula jadi. Kami tidak sabar menanti konsep ni menjadi realiti.

Snail-Haptor-1

Komen