Kementerian Kesihatan Sedang Mengkaji Pengharaman Menyeluruh Rokok Elektronik

Kementerian Kesihatan Sedang Mengkaji Pengharaman Menyeluruh Rokok Elektronik

Diterbitkan pada Okt 28, 2015 oleh .

Fenomena rokok elektronik ini tidak dapat dielakkan lagi di Malaysia. Ia menjadi popular kerana dikatakan alternatif lebih sihat berbanding menghisap rokok biasa. Penghisap rokok elektronik juga berkata ianya jauh lebih murah berbanding rokok biasa yang akan dinaikkan harga tahun demi tahun. Terdapat juga penentang rokok elektronik yang mengatakan kesan jangka panjang penggunaannya masih belum dilakukan untuk mengatakan ia selamat. Penggunaan tanpa kawalan oleh pelajar sekolah, insiden letupan dan video viral ibu memberikan vapor kepada anak kecil meningkatkan lagi persepsi negatifnya di mata masyarakat. Dari pandangan agama Islam pula ia sudahpun difatwakan haram sama seperti hukum menghisap rokok biasa.

Vape Vapor 1

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam hari ini mengumumkan kerajaan sedang mengkaji untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik secara menyeluruh. Kajian dijalankan bagi mencari rang undang-undang apakah yang akan digunakan bagi mengharamkan penjualan serta penggunaannya oleh orang ramai di masa hadapan. Beliau dipetik berkata, “Kami mahu memilih satu akta yang akan memberikan kami kuasa yang yang akan membolehkan kami mengharamkannya. Saya mahu ini berlaku sebelum rokok elektronik menjadi isu kesihatan”.

Pengharaman secara menyeluruh ini pastinya akan tidak disengani pengguna rokok elektronik. Rokok biasa dan minuman keras juga boleh mengakibatkan berlakunya masalah kesihatan tetapi tidak pula diharamkan secara menyeluruh. Ramai yang percaya sebab mengapa ia ingin diharamkan adalah atas faktor cukai dan iri hati dari syarikat tembakau. Secara peribadi sebagai bekas penghisap rokok, saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk mengawal penggunaan rokok elektronik. Ia seharusnya dihadkan kepada mereka yang sudah cukup dewasa untuk menilai buruk baik benda yang dimasukkan ke dalam tubuh mereka. Pengharaman secara menyeluruh mungkin bukan langkah terbaik kerana terdapat banyak kajian yang menunjukkan keberkesanan rokok elektronik untuk menggalakkan individu berhenti merokok.


TIPS & ULASAN