Sony Mengesahkan Pengambil-Alihan Perniagaan Sensor Pengimejan Milik Toshiba

Sony Mengesahkan Pengambil-Alihan Perniagaan Sensor Pengimejan Milik Toshiba

Diterbitkan pada Okt 28, 2015 oleh .

Sony hari ini secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan fasiliti semikonduktor yang dimiliki oleh Toshiba, yang mana memfokuskan kepada pengeluaran sensor pengimejan yang digunakan oleh beberapa peranti. Pengumuman ini juga turut memperlihatkan Toshiba akan meninggalkan sepenuhnya perniagaan sensor pengimejan mereka selepas ini.

HTC One M9

Melalui pengambil-alihan ini, Sony akan mengambil-alih fasiliti, peralatan, dan pelbagai aset yang berkaitan. Pekerja Toshiba dalam bidang sensor pengimejan CMOS juga akan beralih kepada Sony – yang mana seramai 1100 orang pekerja.

Pengambil-alihan ini akan menguntungkan pihak Sony dalam memperluaskan kebolehan pengeluaran mereka dalam arena pengimejan, serta pada masa yang sama mengukuhkan pegangan pasaran mereka. Untuk Toshiba pula, ia akan membolehkan mereka keluar daripada perniagaan-perniagaan yang lain serta memfokskan kepada beberapa perniagaan yang menguntungkan.

Sony dan Toshiba tidak mengumumkan nilai wang yang terlibat dalam transaksi ini.


TIPS & ULASAN