Practo Dilancarkan Di Malaysia – Laman Untuk Mencari Doktor Dan Membuat Temujanji

Practo Dilancarkan Di Malaysia – Laman Untuk Mencari Doktor Dan Membuat Temujanji

Diterbitkan pada Okt 28, 2015 oleh .

Practo, salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada perubatan, hari ini secara rasminya mengumumkan kehadiran mereka untuk pasaran tempatan. Malaysia menjadi negara ke-4 perkhidmatan ini ditawarkan, iaitu selepas Singapura, Indonesia dan Filipina.

Practo memulakan penawaran Practo Search di Kuala Lumpur terlebih dahulu dan telah menyenaraikan lebih kurang 500 doktor pada pangkalan data mereka. Ini membolehkan anda membuat pencarian doktor menggunakan perkhidmatan Practo, dan menggunakan laman sama, membuat temujanji menggunakannya.

Practo

Melalui laman sama juga, anda boleh membuat semakan berkenaan profil doktor berkenaan, termausk mengetahui apakah kepakaran mereka, pengalaman dan sebagainya. Menggunakan aplikasi Practo yang ditawarkan pada Android dan iOS, pengguna turut boleh menetapkan temujanji, dan ia disertakan dengan koordinat GPS untuk memudahkan navigasi.

Practo mengatakan kini mereka meliputi lebih kurang 50% klinik swasta di Kuala Lumpur, dan akan terus memperluaskannya dari minggu ke minggu akan datang. Disamping itu, mereka juga akan menambah penawaran di Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Puchong, Klang, Seremban, serta pada bahagian utara di Georgetown, Ipo, Taiping, dan juga Alor Setar dalam bulan-bulan akan datang.

Practo

Layari : Practo


TIPS & ULASAN