Cari @ Amanz

Zomato, salah satu laman web yang mengkhususkan kepada carian dan penemuan restoran menarik sekitar pengguna, hari ini secara rasminya mengumumkan pelancaran perkhidmatan mereka di Malaysia. Buat masa ini, menurut Zomato, mereka meliputi lebih kurang 12,000 restoran sekitar Lembah Klang, iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan juga Subang Jaya.

Zomato

Menggunakan Zomato, pengguna boleh membuat carian restoran dengan informasi berkaitan apa yang ditawarkan, serta komen dan maklumbalas pengguna berkaitan dengan restoran berkenaan. Ini sekaligus membolehkan anda membuat keputusan berkaitan dengan restoran mana yang anda ingin berkunjung dan seagainya.

Selain carian restoran, pengguna juga disediakan dengan beberapa koleksi, sebagai contoh, koleksi senarai restoran yang mesra keluarga, lokasi restoran untuk peminat bola-sepak, restoran menarik untuk nasi lemak, dan beberapa yang lain.

Bagi anda yang mengemari untuk mencari dan menemui tempat makan baru sekitar anda, boleh melayari laman Zomato hari ini, ataupun memuat-turun aplikasi percuma yang ditawarkan untuknya di Android, iOS dan Windows Phone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd