Mungkinkah Rebat Prabayar GST Akan Dikreditkan Semula Dalam Bentuk Masa-Berbual?

Mungkinkah Rebat Prabayar GST Akan Dikreditkan Semula Dalam Bentuk Masa-Berbual?

Diterbitkan pada Okt 28, 2015 oleh .

Kerajaan ketika Belanjawan 2016 yang lepas, telah mengumumkan mereka akan memberikan rebat kepada pengguna prabayar, dimana mereka akan menerima rebat atas tambah-nilai yang dilakukan dan dikreditkan terus ke akaun pengguna tersebut. Berkongsi lanjut mengenainya, Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan ia akan dikreditkan semula ke akaun pengguna dalam bentuk masa-berbual (airtime).

GST Topup

Selepas Januari, pengguna akan kekal perlu membeli tambah-nilai dengan tambahan GST. Sebagai contoh, tambah-nilai bernilai RM10 pada harga RM10.60, tetapi lebihan RM0.60 akan dikredit semula ke akaun pengguna dalam bentuk (airtime). Perkara ini dikongsikan kepada pihak TheSun oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, namun ia masih kurang jelas sama ada dalam bentuk masa berbual (airtime) atau kredit dalam akaun prabayar (airtime credit).

Tidak lama sebelum ini, perkara sama telah diumumkan untuk tiga bulan pertama sejak April 2015, dimana pengguna diberikan dengan tambahan minit panggilan dan SMS percuma sebagai ganti untuk caj GST. Memandangkan sistem seumpamanya telah tersedia, maka ia mungkin tidak menyukarkan syarikat telekomunikasi dalam mengimplementasikannya kelak.

Disamping itu, kerajaan juga turut menekankan yang mana rebat semula ini hanya untuk pengguna tempatan sahaja, sementara warga luar negara yang menggunakan akaun prabayar tidak akan menerimanya.

Bagi anda, adakah anda lebih gemari rebat kembali dalam bentuk masa-berbual ataupun dalam bentuk kredit yang boleh digunakan untuk apa-apa tujuan? Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai bagaimana ia akan diimplementasikan dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN