Yamaha Memperlihatkan Motobot – Robot Yang Boleh Menunggang Motorsikal

Yamaha Memperlihatkan Motobot – Robot Yang Boleh Menunggang Motorsikal

Diterbitkan pada Okt 28, 2015 oleh .

Pelbagai syarikat memfokuskan kepada arena robotik akhir-akhir ini. Yamaha turut tidak ketinggalan, dan bersempena dengan Tokyo Motor Show, mereka memperlihatkan sebuah robot yang boleh menunggang motorsikal, dinamakan sebagai Motobot.

Yamaha Motobot

Yamaha Motobot

Motobot ini adalah projek usahama pihak Yamaha daripada unit teknologi robotik dan juga motosikal, dimana mereka ingin membangunkan penunggang robot yang boleh menunggang motorsikal pada litar lumba. Pelbagai perkara dibangunkan khusus untuknya, termasuk dari segi membolehkan ia mengawal motorsikal dengan baik, serta memandunya pada kelajuan tinggi dengan kejituan yang baik.

Info lanjut berkenaan dengannya tidak dikeluarkan pihak Yamaha buat masa ini, dan boleh dikatakan ia masih perlu melalui pelbagai fasa pembangunan lagi.

Mungkinkah pada masa akan datang kita melihat Motobot ini berlumba di litar lumba gantikan manusia hari ini?


TIPS & ULASAN