Apple iTunes merupakan salah satu kedai aplikasi dan kandungan yang popular, dan digunakan secara meluas oleh pengguna iOS, Mac, malah pengguna Windows yang membuat pembelian lagu dan sebagainya.
Pada iTunes, Apple menawarkan kebolehan untuk membeli buku digital, lagu, aplikasi, langganan majalah, dan pelbagai perkara lain. Sehingga kini, Apple menggunakan maklumat kad kredit untuk tujuan tersebut, tetapi kini mereka menguji bentuk baru bayaran – iaitu melalui bil telekomunikasi atau kredit prabayar.
Fungsi seumpamanya sedia digunakan oleh beberapa platform lain, memudahkan pengguna untuk membuat pembelian – terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai akaun kad kredit atau debit. Mereka hanya perlu membeli prabyar, dan membuat pembelian – atau pembelian berkenaan akan hadir pada bil telekomunikasi pascabayar.
Buat masa ini, Apple mengujinya di Jerman sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan kepada negara-negara lain.