Sony Memperlihatkan Beberapa Permainan Untuk PlayStation VR

Sony Memperlihatkan Beberapa Permainan Untuk PlayStation VR

Diterbitkan pada Okt 28, 2015 oleh .

Sony telah mengumumkan PlayStation VR mereka sebelum ini, iaitu sebuah headset untuk realiti-maya yang menawarkan pengalaman permainan yang lebih baik dan berbeza ketika menggunakan konsol. Kini, bersempena dengan Paris Game Week, pihak Sony memperlihatkan beberapa permainan yang akan hadir ke platform baru ini kelak.

PlayStation VR

Beberapa permainan yang diperlihatkan oleh pihak Sony untuk PlayStation VR ini adalah Until Dawn : Rush of Blood, Rigs: Mechanized Combat League, Robinson: The Journey, Gran Turismo dan juga Tekken 7.

Ia mungkin sesuatu yang dijangka untuk melihat permainan bergenre seram dan aksi hadir ke platform VR ini, tetapi agak menarik untuk melihat permainan seperti perlumbaan turut tidak dilupakan.

Sony masih tidak mengeluarkan sebarang info berkaitan bilakah PlayStation VR ini akan dipasarkan, dan apakah harga akhirnya kelak.


TIPS & ULASAN