Mark Zuckerberg Ingin Menghentikan Notifikasi Jemputan Permainan Yang Menganggu Di Facebook

Mark Zuckerberg Ingin Menghentikan Notifikasi Jemputan Permainan Yang Menganggu Di Facebook

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

Pada perkhidmatan Facebook, salah satu perkara yang sangat menganggu pengguna adalah penggunaan jemputan pada permainan sosial, dimana ia sering dipaparkan sebagai notifikasi – bukan hanya pada web, tetapi juga pada aplikasi mudah-alih Facebook. Perkara ini boleh dikatakan tidak digemari oleh kebanyakkan pengguna Facebook.

Facebook F8

Menyentuh mengenainya, hari ini Mark Zuckerberg mengatakan mereka akan memberikan penekanan terhadap perkara berkenaan, dan akan mengatasinya dalam masa terdekat ini.

Sebagai ramai sedia maklum, terdapat beberapa permainan sosial di Facebook yang membolehkan pengguna menerima beberapa insentif tambahan dengan menjemput atau menghantar notifikasi kepada rakan-rakan. Sebagai contoh, pada Candy Crush, anda akan menerima nyawa (peluang) tambahan untuk memainkannya.

Ramai pengguna Facebook tidak mengemari akan perkara berkenaan. Memandangkan Mark telah mengatakan ingin menghentikan notifikasi menganggu pada Facebook, mungkin kita akan melihat ia diimplementasi tidak lama lagi. Apatah lagi dengan permainan di Facebook yang makin kurang popular jikalau dibandingkan dengan perkongsian kandungan, video dan sebagainya.


TIPS & ULASAN