Huawei Mengambil Bekas Pengarah Kreatif Apple Untuk Menambah-Baik Rekabentuk Dan Antaramuka

Huawei Mengambil Bekas Pengarah Kreatif Apple Untuk Menambah-Baik Rekabentuk Dan Antaramuka

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

Huawei sejak daripada tahun lepas telah mula memperlihatkan penambah-baikkan pada produk mereka sedikit demi sedikit. Pada tahun ini, mereka berjaya mencuri perhatian ramai dengan pengenalan produk-produk menarik seperti Huawei P8, Honor 7, dan terkini Huawei Mate S.

Huawei Mate S

Dalam terus memberikan pengalaman yang baik untuk pengguna, terkini mereka telah mengambil Abigail Sarah Brody sebagai Chief Designer of User Experience – yang mana akan mengetuai lebih kurang 80 perekabentuk dalam membangunkan antaramuka dan pengalaman yang baik kepada pengguna – serta produk pintar Huawei.

Abigail Sarah Brody ini sebelum ini pernah menjadi pengarah kreatif di Apple – dimana ketika itu, beliau bekerja dibawah Steve Jobs dalam pembangunan iOS1 dan juga iPhone.

Mungkin kita akan melihat perubahan dilakukan pada antaramuka EMUI pada versi akan datang kelak, selain Huawei hadir dengan pelbagai rekaan peranti yang lebih menarik lagi. Sama-sama kita nantikan apakah perubahan yang bakal dibawakan oleh Huawei dengan membawa masuk lebih banyak tenaga kepakaran dibawah pasukan mereka.


TIPS & ULASAN