Microsoft Arrow Launcher Untuk Android Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Okt 29, 2015. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft hari ini secara rasminya telah menerbitkan launcher mereka tersendiri untuk pengguna Android, dinamakan sebagai Arrow Launcher. Ujian untuknya telah dimulakan sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini versi stabil telah pun diterbitkan pada Google Play Store.

Microsoft Arrow Launcher

Seperti launcher lain, dengan menggunakan Arrow Launcher ini, ia mengubah paparan antaramuka pada peranti Android anda. Microsoft dilihat lebih memfokuskan untuk memudahkan pengguna mengakses aplikasi yang sering digunakan mereka, disamping pada masa yang sama mengambil nota pantas, menghantar mesej, dan mengakses senarai buku alamat utama anda dengan pantas.

Projek dibawah Microsoft Garage ini ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna peranti Android. Jika anda berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma dari Google Play Store hari ini.

Microsoft Arrow Launcher

Microsoft Arrow Launcher

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami