Tamiya Menghasilkan Kereta Permainan Mini 4WD Pada Skala Sebenar

Tamiya Menghasilkan Kereta Permainan Mini 4WD Pada Skala Sebenar

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

Sekiranya anda membesar pada pertengahan 90an ataupun awal milenium anda mungkin pernah terjebak di dalam arena permainan kereta mini 4WD Tamiya. Ratusan ringgit dihabiskan pastinya dihabiskan membeli motor elektrik lebih pantas dan sistem gear lebih tahan lasak. Kepopularan permainan kereta mini Tamiya ini adalah kerana wujudnya anime seperti Dash Yankuro. Kegilaan kereta mini Tamiya ini mungkin sudah berkurangan tetapi di Malaysia masih wujud kelab peminat yang masih berlumba setiap minggu. Sekiranya anda ke One Utama, anda boleh melihat lelaki dewasa bermain dengan kenderaan mini ini sehingga larut malam.

Aero-Avante-2

Di Jepun Tamiya menghasilkan kereta mainan mini 4WD Aero Avante bersaiz sebenar. Tidak seperti versi mini, versi skala sebenar ini diperkasakan oleh enjin petrol dan mempunyai kelajuan maksimum 180 kilometer sejam. Sebagai perbandingan, kelajuan maksimum Aero Avante edisi mini adalah 65 kilometer sejam. Kereta bersaiz sebenar ini dihasilkan oleh Tamiya bagi menyambut ulang tahun ke-30 mini 4WD. Aero Avante ini memang kelihatan menarik tetapi sebagai peminat Dash Yankuro kami terkilan Tamiya tidak menghasilkan Dash-1 Emperor berskala besar.

Aero-Avante-1


TIPS & ULASAN