Cari @ Amanz

Setelah hampir kesemua jenama peranti mudah alih telah membawakan peranti flagship mereka ke pasaran tempatan, pada hari ini Sony Malaysia mengumumkan tiga model dibawah keluarga premium mereka iaitu Xperia Z5 Premium, Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Compact.

Sony Xperia Z5 Dual hadir dengan paparan 1080p pada skrin bersaiz 5.2-inci. Ia beroperasi menggunakan Android Lollipop dan dijana menggunakan cip Snapdragon 810 2.0Ghz, dan memori 3GB RAM. Baterinya mampu bertahan sehingga dua hari dan salah satu fokus utama terhadapnya adalah sensor kamera sebesar 23MP Exmor RS. Untuk pasaran Malaysia, ia akan hadir dengan sokongan dwi-SIM.

Sony Xperia Z5 Compact pula mempunyai saiz yang sedikit kecil berbanding Xperia Z5, hadir dengan skrin bersaiz 4.6-inci, dan spesifikasi lain menyerupai Xperia Z5. Pihak Sony Malaysia turut mengumumkan Xperia Z5 Premium Dual yang hadir dengan skrin 4K, dan mempunyai saiz yang lebih besar degan paparan skrin bersaiz 5.5-inci. Untuk pasaran tempatan, Xperia Z5 Premium Dual turut boleh memuatkan dua kad SIM.

Sony Xperia Z5 -IMG_7185

Sony Xperia Z5 -IMG_7191

Peranti Xperia Z5 ini juga turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian sisi peranti untuk memudahkan pengguna mengakses peranti dan melindungi data peribadi daripada diakses pengguna lain. Disamping itu, sokongan kalis air yang sinonim dengan peranti Xperia turut dikekalkan pada keluarga peranti Xperia Z5 ini.

Sony Xperia Z5 Premium akan dijual pada bulan November dengan pilihan warna Chrome, hitam dan emas manakala Xperia Z5 Dual akan dijual pada harga RM2,699 dengan pilihan warna hitam, putih, emas dan hijau. Bagi anda yang sukakan peranti Z5 pada saiz yang lebih kecil dengan lebih pilihan warna, ia hadir dengan pilihan warna hitam, putih, kuning dan biru laut pada harga RM2,299. Harga jualan untuk Xperia Z5 Premium pula dijangka diumumkan pada bulan November 2015 ini.

Bagi pembeli Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Compact, Sony turut menawarkan 3 filem percuma yang boleh dimuat-turun menerusi Privilege Movie, Album foto, majalah percuma dari SPH Magazine, diskaun perkhidmatan MyTeksi bernilai RM45 dan baucar membeli-belah RM30 dari Zalora. Bagi peminat filem Bond, pengguna akan turut menerima cenderahati edisi terhad Spectre iaitu baju dan juga pembuka botol.

Sony Xperia Z5 -IMG_7169

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd