Permainan Pertama Nintendo Untuk Telefon Pintar Ialah Miitomo – Akan Hadir Awal Tahun 2016

Permainan Pertama Nintendo Untuk Telefon Pintar Ialah Miitomo – Akan Hadir Awal Tahun 2016

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

Nintendo sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dan membuat pelaburan pada DeNA dalam usaha untuk menerbitkan permainan mereka untuk pengguna telefon pintar. Hari ini, Nintendo berkongsi lanjut mengenainya, dan permainan pertama yang akan hadir dalam beberapa bulan lagi daripada Nintendo adalah Miitomo.

Nintendo Miitomo

Nintendo Miitomo

Miitomo adalah permainan yang akan ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Miitomo adalah sebuah permainan yang membolehkan pemain membangunkan avatar dipanggil Mii – dan seterusnya berkomunikasi dan berinteraksi dengan pemain yang lain.

Nintendo tidak berkongsi sepenuhnya bagaimanakah corak permainannya kelak, tetapi dilihat lebih kepada dunia simulasi.

Nintendo Miitomo

Nintendo Miitomo

Nintendo Miitomo

Nintendo mengatakan mereka pada awalnya merancang untuk memperkenalkan ia pada tahun ini, tetapi terpaksa menangguhkannya ke tahun hadapan. Selain daripada Miitomo, Nintendo juga ingin melancarkan lebih kurang empat permainan lain untuk pengguna peranti pintar menjelang Mac 2017 kelak.


TIPS & ULASAN