Google Keep Kini Membolehkan Pengguna Membuat Lakaran Pada Gambar

Google Keep Kini Membolehkan Pengguna Membuat Lakaran Pada Gambar

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

Google Keep merupakan aplikasi pengambilan nota dan memudahkan pengguna untuk mencatat nota melaluinya. Hari ini, Google memperkenalkan kemaskini untuknya, yang mana membolehkan para pengguna untuk membuat lakaran pada gambar yang disimpan di Google Note.

Google Keep

Seperti ramai sedia maklum, mencatat nota menggunakan stylus mungkin diminati sesetengah pengguna, dan ini menyelesaikan masalah berkenaan. Disamping itu, kini pengguna boleh menambah catatan pada sesuatu gambar dengan mudah untuk rujukan mereka kelak.

Kemaskini baru ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Google Keep di Android dbermula hari ini.

Muat-Turun Google Keep untuk Android


TIPS & ULASAN