HTC One M9e Diperkenalkan Di China – Menggunakan MediaTek Helio X10
HTC

HTC One M9e Diperkenalkan Di China – Menggunakan MediaTek Helio X10

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

HTC pada tahun ini telah memperkenalkan pelbagai variasi dibawah portfolio peranti HTC One M9. Selepas One M9, dan One M9+, hari ini di China, mereka memperkenalkan sebuah lagi peranti dibawah keluarga sama, dinamakan sebagai HTC One M9e.

HTC One M9e hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD-penuh, dan dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio X10 2.2Ghz – sama seperti pada One M9+. Walaubagaimanapun, dari segi memori, HTC One M9e hanya dilengkapi dengan memori sebanyak 2GB RAM.

HTC One M9e

Untuk rakaman gambar, pengguna disediakan dengan kamera belakang 13-meapixel f/2.0 dilengkapi sokongan penstabilan imej optikal, dan kamera hadapan HTC Ultrapixel. Peranti ini hadir dengan storan 16GB yang boleh diperluaskan dengan sokongan mikro-SD.

Menjana peranti ini adalah HTC Sense berasaskan kepada Android Lollipop, dan ia dilengkapi sokongan Infrared untuk mengawal televisyen, penghawa dingin dan sebagainya.

Di China, HTC menawarkan HTC One M9e ini pada harga 2660 Yuan (~RM1792). Ia tidak diketahui sama ada pihak HTC akan membawa masuk peranti ini ke pasaran global ataupun akan lebih memfokuskan kepada pemasaran HTC One A9 yang telah diumumkan baru-baru ini.


TIPS & ULASAN