Samsung Gear S2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Sebelum Disember 2015

Samsung Gear S2 Akan Dilancarkan Di Malaysia Sebelum Disember 2015

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

Samsung telah memperkenalkan jam tangan pintar mereka yang terbaru, iaitu Gear S2 pada bulan September yang lepas, dan kini pihak Samsung Malaysia dalam persediaan untuk melancarkan ia secara rasmi di Malaysia. Tarikh pelancarannya tidak dikongsikan lagi buat masa ini, dan pihak Samsung Malaysia sekadar mengatakan ia akan dilancarkan di Malaysia “sebelum Disember”.

Samsung Gear S2

gears2_03

Samsung Gear S2 merupakan jam tangan dengan skrin bulat daripada Samsung. Ia menjalankan sistem operasi Tizen, tetapi buat pertama kalinya, jam tangan pintar Gear S2 ini boleh digunakan dengan sebarang peranti Android menjalankan Android KitKat dan terkini – dan bukan terhad untuk peranti Samsung sahaja.

Samsung Gear S2 hadir dengan beberapa sensor terbina, termasuk untuk memantau aktiviti harian anda, selain diintegrasikan bersama-sama S-Health. Beberapa aktiviti seperti denyutan jantung dan juga berapa kali anda minum air atau kopi turut boleh dipantau menggunakannya.

Samsung Gear S2

Beberapa aplikasi khusus untuknya turut disediakan, termasuk NIKE+ untuk lumba lari, LINE, Twitter, Yelp, dan sebagainya. Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi skrin bulan 1.2-inci, menyertakan cip Exynos 3250, memori 512MB RAM, storan 4GB, dan bateri berkapasiti 250mAh. Samsung turut melengkapkan ia dengan sokongan kalis air IP68.

Samsung Gear S2 akan dipasarkan dalam dua variasi, iaitu versi biasa dan juga klasik. Harga dan tarikh jualannya masih menjadi tanda tanya buat masa ini.


TIPS & ULASAN