OnePlus X Dilancarkan – Menggunakan Rekaan Premium, Dijana Snapdragon 801

OnePlus X Dilancarkan – Menggunakan Rekaan Premium, Dijana Snapdragon 801

Diterbitkan pada Okt 29, 2015 oleh .

OnePlus hari ini telah memperkenalkan peranti kedua mereka untuk tahun ini selepas OnePlus Two, iaitu OnePlus X. OnePlus X memfokuskan kepada penawaran kualiti premium pada harga rendah dan membolehkan lebih ramai memilikinya.

OnePlus X

OnePlus X hadir dengan skrin bersaiz 5-inci AMOLED dengan paparan HD penuh (1920×1080 pixel), menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 7.6-megapixel. Penggunaan Snapdragon 801 mungkin mengecewakan ramai – tetapi ia boleh dikategorikan masih merupakan antara cip pemprosesan berkuasa, apatah lagi dengan pelbagai masalah melibatkan Snapdragon 810 sebelum ini. Hanya versi 16GB sahaja ditawarkan, dan ia hadir dalam sokongan dwi-SIM, dimana SIM kedua berbentuk hibrid sama ada menggunakan SIM atau mikro-SD.

OnePlus X tidak menyertakan beberapa perkara, termasuk tiada NFC dan tidak menyertakan pengimbas cap jari. Bateri yang disertakan padanya juga agak bersaiz kecil, iaitu berkapasiti 2525mAh sahaja.

Tetapi menjadi fokus pihak OnePlus melalui peranti ini adalah binaannya yang premium, dimana menggunakan rekaan kaca pada bahagian belakang. Dari segi sistem operasi, ia menggunakan Oxygen OS berasaskan kepada Android 5.1.1.

OnePlus X

OnePlus X versi asas yang akan dipasarkan secara meluas dipanggil sebagai Onyx, selain OnePlus juga mempunyai edisi khusus, dinamakan Ceramic. OnePlus X Ceramic ini menggunakan pasir khusus yang diimport daripada Australia dan mereka hanya membuat 10,000 unit sahaja untuk edisi ini, dan akan dipasarkan di Eropah.

OnePlus X Onyx ini akan dipasarkan bermula 19 November di Amerika Syarikat pada harga $250 (~RM1076). Melalui laman rasmi OnePlus Malaysia, mereka meletakkan tarikh 5 November sebagai ia akan mula ditawarkan.


TIPS & ULASAN