Cari @ Amanz

Etsy merupakan salah satu laman jual-beli popular pada peringkat global, memfokuskan kepada jual-beli barangan buatan tangan, dan juga vintaj. Kebanyakkan produk yang dijual adalah memfokuskan kepada kraftangan, pakaian, fotografi, barangan kecantikkan, dan juga seni.

Terkini, ia dilihat pihak Etsy dalam perancangan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka ke pasaran Malaysia. Laman Etsy telah sedia menyokong paparan harga dalam ringgit Malaysia, serta barangan yang dihantar ke Malaysia sebelum ini – dan kini mereka telah mula mengiklan dan mencari peniaga tempatan untuk menggunakan platform mereka.

Mungkin dengan usaha pihak Etsy yang mula mengiklan untuk menarik peniaga tempatan menggunakan platform mereka, kita mungkin melihat lebih banyak peniaga tempatan menyenaraikan barangan mereka – dan pada masa yang sama membolehkan mereka memasarkan produk pada peringkat global.

Jika anda seorang peniaga, dan berminat menggunakan platform Etsy, anda boleh mendaftarkan kedai atas-talian dan menyenaraikan lebih kurang 20 produk secara percuma menggunakan kod “ETSYMEETSMALAYSIA“.

  • Info
  • Layari : Etsy
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd