Google Chrome OS Dan Android Akan Digabungkan Menjadi Sistem Operasi Baru

Google Chrome OS Dan Android Akan Digabungkan Menjadi Sistem Operasi Baru

Diterbitkan pada Okt 30, 2015 oleh .

Chrome OS ialah sistem operasi yang dicipta oleh Google untuk digunakan pada komputer riba buatan mereka. Sistem operasi ini pertama kali diperlihatkan pada tahun 2011 sebagai alternatif kepada sistem operasi komputer yang lain. Kekuatan Chrome OS ialah ia menggunakan perkhidmatan awanan Google dan tidak memerlukan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi. Di Malaysia Chromebook digunakan di sekolah sebagai peranti untuk mengkases sistem pelajaran atas talian.

Chrome-OS-Android-2

Wall Street Journal baru sahaja melaporkan Google akan menggabungkan sistem operasi ini dengan Android. Ini adalah kerana mereka menyedari Android kini adalah sistem operasi mudah alin paling popular di dunia dengan berbillion pengguna. Sistem operasi baru hasil gabungan Chrome OS dan Android ini dijangka akan diperlihatkan kepada umum pada Google I/O tahun hadapan. Google mengambil langkah menggabungkan dua sistem operasi mereka ini bagi mengikuti jejak Windows 10. Sistem operasi terkini Microsoft ini direka untuk digunakan oleh kesemua jenis peranti dari sebuah telefon pintar hinggalah sebuah komputer desktop. Dengan adanya satu sistem operasi sekata, kesemua peranti milik pengguna dapat berinteraksi dengan lebih pintar dan mudah. Kepada pengguna pula sistem operasi baru ini akan membolehkan jutaan aplikasi yang wujud di Google Play untuk digunakan secara terus pada sebuah komputer desktop.

Pada waktu yang sama Google menegaskan mereka masih akan meneruskan sokongan kepada Chrome OS. Chromebook masih akan dihasilkan. Apa yang dilakukan Google ini adalah langkah untuk mendominasi dunia komputer mudah alih. Chrome OS masih belum berjaya menambat hati pengguna kerana hanya memegang 4% pasaran komputer riba buat masa sekarang. Hanya masa akan menunjukkan sama ada mereka akan berjaya ataupun tidak. Adakah anda berminat dengan sistem operasi komputer baru yang akan dihasilkan ini?


TIPS & ULASAN