Snapseed Untuk Android Kini Menyokong Penyuntingan Gambar Berformat RAW

Snapseed Untuk Android Kini Menyokong Penyuntingan Gambar Berformat RAW

Diterbitkan pada Okt 30, 2015 oleh .

Snapseed merupakan salah satu aplikasi penyuntingan menarik pada Android, dan kini dimiliki oleh Google. Terkini, melalui kemaskini terbaru yang diperkenalkan untuk Android, pihak Snapseed membawakan sokongan penyuntingan gambar berformat RAW melaluinya.

SnapSeed 2.0

Gambar berformat RAW merupakan salah satu gambar yang diminati ramai jurugambar, memandangkan ia memberikan lebih pilihan untuk penyuntingan kepada jurugambar selepas merakamkan gambar berkenaan.

Akhir-akhir ini, beberapa peranti Android telah menyertakan sokongan rakaman gambar dalam bentuk RAW, dan ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan kelebihan Snapseed dalam menyunting terus pada peranti tanpa perlu memindahkan ia ke komputer seperti kebiasaan.

Bagi anda yang sering merakamkan gambar dalam format DNG RAW, anda boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini, dan membuat pelbagai kawalan, termasuk mengawal tona warna, exposure, dan sebagainya terus pada tablet atau telefon pintar anda.

Muat-Turun Snapseed untuk Android


TIPS & ULASAN