Oppo sebelum ini telah mengumumkan Oppo Neo 7 pada awal minggu ini, dan kini pihak Oppo Malaysia telah mengumumkan yang mana telefon pintar dengan sokongan rangkaian 4G berkenaan akan hadir ke pasaran tempatan pada 3 November 2015 kelak.
Oppo Neo 7 merupakan telefon pintar berspesifikasi asas, hadir dengan skrin bersaiz 5.0-inci, menggunakan cip Snapdragon 410, memori 1GB RAM, dan bateri berkapasiti 2420mAh. Ia hadir dengan sokongan rangkaian dwi-SIM, dan untuk pasaran Malaysia, hanya versi 4G sahaja yang akan masuk. Pada bahagian belakang peranti ini adalah kamera 8-megapixel, dan untuk rakaman selfie menggunakan kamera 5-megapixel.
Oppo turut menekankan pada rekaan Oppo Neo 7, yang mana hadir dengan kerangka belakang yang memantul cahaya.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh ke pengedar Oppo rasmi seluruh negara, dan membelinya pada harga RM798 bermula 3 November 2015 kelak.