Pengecas Khas Untuk Apple Pencil Akhirnya Dihasilkan

Pengecas Khas Untuk Apple Pencil Akhirnya Dihasilkan

Diterbitkan pada Okt 30, 2015 oleh .

Apabila stylus Apple Pencil diperlihatkan beberapa minggu yang lalu kesemua video menunjukkan ia dicas melalui port Lightning sebuah iPad Pro. Keperluan mencucuk sebuah pensel panjang di belakang sebuah tablet bukan sahaja tidak praktikal tetapi mendedahkannya kepada kerosakan sekiranya tablet terjatuh ketika mengecas stylus. Nampaknya pihak Apple menyedari kekurangan teknik mengecas Pencil dan sebuah penyesuai khas akhirnya disediakan. Ianya mengubah sebuah pengecas Lighthing biasa untuk mempunyai kepala yang boleh dicucuk kepada sebuah Pencil. Tidak diketahui sama ada penyesuai pengecas ini akan disertakan sekali dengan setiap pembelian iPad Pro dengan Apple Pencil ataupun perlu dibeli secara berasingan oleh pengguna. Harga jualannya tidak juga diketahui. Ia mungkin hanya akan diketahui apabila kedua-duanya mula dijual November ini.

pencil


TIPS & ULASAN