Microsoft Memperkenalkan Pemalam Office Online Untuk Google Chrome

Microsoft Memperkenalkan Pemalam Office Online Untuk Google Chrome

Diterbitkan pada Okt 30, 2015 oleh .

Microsoft pada tahun ini telah mula mengintegrasikan dan menjadikan produk mereka mesra pelbagai platform dan tidak terhad untuk Windows sahaja. Terkini, hari ini mereka mengumumkan pengenalan pemalam Office Online untuk Google Chrome.

Melalui pemalam ini, pengguna akan dipaparkan dengan sebuah butang Office Online bersebelahan dengan bar URL, dan dengan klik padanya, pengguna boleh membuat dokumen baru menggunakan Word, Excel, PowerPoint, OneNote atau Sway – terus melalui Office Online.

Office Online Chrome

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menyemak dokumen terkini mereka di Office Online yang telah disunting atau disimpan – sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk menguruskan dokumen mereka.

Fungsi ini semestinya amat disukai oleh ramai pengguna – terutamanya yang menggunakan Chromebook atau mereka yang banyak meluangkan kerja mereka menggunakan pelayar web.

Bagi anda yang menggunakan Chrome, anda boleh memasang pemalam ini secara percuma di Google Chrome hari ini – dan seperti biasa, anda memerlukan akaun Office Online untuk menggunakannya.

Muat-Turun Office Online untuk Chrome


TIPS & ULASAN