Cangkerang UAG Untuk MacBook Menjadikannya Komputer Riba Tahan Hentakan

Cangkerang UAG Untuk MacBook Menjadikannya Komputer Riba Tahan Hentakan

Diterbitkan pada Okt 30, 2015 oleh .

MacBook 2015 mungkin adalah komputer riba paling cantik dengan binaan premium pernah dihasilkan. Kombinasi tubuh aluminium dengan rekaan nipis menjadikannya idaman mereka yang mahukan gaya tetapi masih mahukan komputer riba yang mampu melakukan tugasan dengan mudah. Dengan harga hampir RM 8000 sebuah di Malaysia, pemilik pasti mahu memastikan MacBook mereka tidak mudah rosak. Selain membeli beg khas mereka mungkin turut membeli cangkerang tahan lasak keluaran Urban Armor Gear ini.

UAG-Macbook-Cangkerang-1

Mil-Spec Rugged Case ialah cangkerang yang direka untuk memenuhi piawai ketenteraan MIL-STD-810G 516.6. Ia dibina menggunakan bahan komposit pada bahagian penutup dan getah untuk bahagian sisi. Dengan cangkerang ini anda tidak perlu risau MacBook anda akan tercalar atau rosak apabila terjatuh. Ini sekaligus memastikan apabila anda ingin menjualnya di masa hadapan ia masih lagi kelihatan baru. Mil-Spec Rugged Case dijual pada harga $79.99 sebuah.

UAG-Macbook-Cangkerang-2

 


TIPS & ULASAN