Samsung Meningkatkan Fokus Terhadap Pembangunan Teknologi Dalam Arena Automotif

Samsung Meningkatkan Fokus Terhadap Pembangunan Teknologi Dalam Arena Automotif

Diterbitkan pada Okt 31, 2015 oleh .

Samsung Electronics, walaupun terkenal dalam arena peranti mudah-alih, mereka juga mempunyai pelbagai anak syarikat yang membangunkan pelbagai perkara dalam industri berbeza. Terkini, ia dilaporkan Samsung turut mempertingkatkan fokus mereka dalam arena teknologi automotif.

Menurut laporan terkini, sejak daripada tahun 2010 yang lepas, Samsung telah memfailkan sejumlah besar paten, dimana 2/3 daripadanya adalah memfokuskan kepada kenderaan elektrik dan juga komponen elektrik untuk kenderaan.

Sehingga kini, Samsung masih tidak mengumumkan lagi perancangan untuk kenderaan dipandu automatik mereka tersendiri – seperti Google dan beberapa yang lain. Dalam arena teknologi sendiri, beberapa syarikat telah mula membangunkan kenderaan automatik dan kenderaan elektrik tersendiri, termasuk yang paling terkini adalah Acer.

Seperti ramai sedia maklum, kenderaan – terutamanya kereta kini mula mengintegrasikan pelbagai teknologi pintar didalamnya, dan beberapa pengeluar kenderaan turut bekerjasama dengan syarikat elektronik dalam menjayakan usaha mereka.

Samsung sebelum ini telah sedia mengumumkan sokongan sistem inforia pada kenderaan menggunakan peranti pintar mereka. Mungkin dengan pemfailan pelbagai paten daripada Samsung sejak tahun 2010 yang lepas memfokuskan arena automotif – kita mungkin mendengar sesuatu daripada gergasi Korea Selatan ini dalam beberapa tahun lagi.


TIPS & ULASAN