Kerajaan Tidak Akan Mengharamkan Vape Buat Masa Ini – Akan Mendidik Mengenai Keburukkannya

Kerajaan Tidak Akan Mengharamkan Vape Buat Masa Ini – Akan Mendidik Mengenai Keburukkannya

Diterbitkan pada Okt 31, 2015 oleh .

Lanjutan daripada semalam, hari ini Kabinet membuat keputusan untuk tidak lagi mengharamkan penggunaan dan penjualan vape di Malaysia. Sebaliknya, dua langkah akan diambil terhadap budaya baru ini.

Kementerian Kesihatan akan mula mendidik rakyat Malaysia berkenaan dengan kesan dan impak negatif daripada penggunaan vape, disamping pada masa yang sama turut memperkenalkan peraturan yang lebih ketat untuknya.

Seperti ramai sedia maklum, akhir-akhir ini ramai pengguna mula menggunakan vape di Malaysia. Walaupun pada awalnya ramai yang merokok beralih ke vape untuk mengurangkan ketagihannya, namun, terdapat juga sejumlah pengguna yang tidak pernah merokok – malah ramai remaja yang mula menggunakan vape, termasuk ditempat-tempat awam yang membuatkan orang ramai tidak begitu selesa.

Beberapa hujah mengenai kesan vape terhadap kesihatan masih sedang didebatkan. Menteri Kesihatan turut mengatakan mereka mengambil berat mengenai angka peningkatan pengguna vape di Malaysia dan kesan jangka panjang disebabkan menggunakan vape yang mengandungi nikotin, formaldehyde dan juga propylene glycol.

Sebelum ini, ia telah dikatakan kerajaan merancang untuk mengharamkan vape di Malaysia. Tetapi selepas melalui perbincangan di Kabinet, ia dilihat dibatalkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN