Google kadangkala bereksperimen dengan beberapa perkara baru, apatah lagi dengan polisi syarikat mereka yang membolehkan pekerja mereka membangunkan projek sampingan. Terkini, mereka menerbitkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai Who’s Down.
Menggunakan aplikasi ini, ia membolehkan anda melihat rakan-rakan anda yang mempunyai masa terluang dan boleh lepak bersama-sama dengan anda. Anda turut boleh menetapkan topik, sama ada untuk makan, belajar, tonton bola-sepak dan sebagainya menggunakan aplikasi tersebut. Menggunakan aplikasi sama juga, pengguna boleh menghantar dan menerima mesej bersama rakan mereka di Who’s Down.
Apa pun, salah satu kekurangannya adalah ia memerlukan rakan anda turut menggunakannya, dan menetapkan sama ada mereka mempunyai masa atau sebaliknya.
Dalam usaha untuk menarik ramai menggunakannya, Google menggunakan sistem jemputan, dan bukan semua boleh mengaksesnya buat masa ini. Anda masih boleh memuat-turunnya ke peranti anda, dan mendaftarkan minat untuk menerima jemputan bagi menggunakannya.
- Muat-Turun Who’s Down untuk Android
- Muat-Turun Who’s Down untuk iOS