Cari @ Amanz

Oppo pada setiap tahun memperkenalkan dua variasi peranti daripada keluarga utama mereka, iaitu Oppo Find dan juga Oppo “N”. Namun, untuk tahun ini, mereka dilihat menangguhkan perancangan berkenaan.

Mengikut laporan terkini, Oppo Find 9 yang sepatutnya diperkenalkan pada tahun ini dikatakan akan ditangguhkan untuk tahun 2016 kelak. Salah satu sebabnya adalah disebabkan ingin menggunakan Snapdragon 820 pada telefon pintar berkenaan.

Maklumat mengenai Oppo Find 9 masih samar-samar buat masa ini, apatah lagi dengan penangguhan ini. Sebelum ini, ia telah dikatakan akan hadir dengan rekaan bezel yang nipis, selain seperti beberapa peranti flagship lain, ia turut dijangka menyertakan sokongan pengimbas cap jari dan juga sokongan pengecasan pantas VOOC.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah perkembangan lanjut daripada pihak Oppo untuk telefon pintar flagship mereka kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd