Instagram sedia terkenal dalam arena perkongsian gambar, dan turut digunakan untuk berkongsi video. Kini, dalam usaha untuk membuatkan pengguna menghabiskan lebih masa pada aplikasi mereka, Instagram menguji fungsi baru yang menghimpunkan koleksi video untuk sesuatu perkara dalam halaman khusus untuknya.
Instagram menguji fungsi ini di Amerika Syarikat buat masa ini bersempena dengan Halloween. Melaluinya, Instagram memaparkan pautan khas pada bahagian atas aplikasi, dan apabila di tap, halaman khusus untuk video yang dikongsikan dengan hashtag Halloween dipaparkan.
Bentuk paparan video apabila ia dimainkan juga berbeza dengan kebiasaan, dimana ia mengambil tema Halloween, selain video yang dipaparkan adalah dikurasi oleh pihak Instagram sendiri.
Dengan pengenalan ini, kita mungkin akan melihat fungsi sama akan ditawarkan oleh Instagram kepada pengguna seluruh dunia dalam masa terdekat – dan mungkin dikhususkan untuk sesuatu topik yang popular yang dikongsikan pengguna Instagram.