Kebebasan Internet Di Malaysia Menerima Skor Keseluruhan 43 Untuk Tahun 2015

Kebebasan Internet Di Malaysia Menerima Skor Keseluruhan 43 Untuk Tahun 2015

Diterbitkan pada November 1, 2015 oleh .

Setiap tahun laporan Freedom on The Net dikeluarkan, dan perkara sama telah dikeluarkan pada tahun 2015 ini, menyaksikan kedudukan Malaysia menurun satu skor, sekaligus memperlihatkan skor keseluruhan untuk Malaysia adalah 43 dalam kebebaan mengakses internet.

Dalam menyediakan laporan tahun ini, pihak Freedom on The Net mengambil berat berkenaan beberapa perkara, termasuk akses internet di sesuatu negara, halangan yang dilakukan, serta isu berkaitan hak pengguna.

Freedom On The Net 2015

Melalui laporan yang dikeluarkan, secara keseluruhan, mereka mendapati kebebasan internet di seluruh dunia menurun untuk tahun ke lima berturut-turut – memandangkan lebih banyak kerajaan mula menghalang akses untuk beberapa informasi, disamping pada masa yang sama memperluaskan pemantauan dalam arena internet.

Untuk Malaysia, pihak Freedom on The Net menekankan yang mana sepanjang tempoh Jun 2014 hingga Mei 2015 yang lepas, beberapa pihak di Malaysia telah ditahan dan disoal dibawah Akta Hasutan. Disamping itu, akta tersebut telah diubah pada April 2015 yang turut meliputi kandungan elektronik – yang mana semakin meluas digunakan untuk menyebarkan fitnah dan informasi yang tidak tepat.

Kadar penembusan sekitar 68% pada penghujung 2014 turut menjadi salah satu sebab untuk skor yang rendah. Sebelum ini, Malaysia dilaporkan menyasarkan untuk meningkatkan ia sehingga 80% pada tempoh berkenaan, tetapi gagal dicapai.

Apa pun, seperti biasa, beberapa perkara terus dilakukan pihak kerajaan dalam memperluaskan kadar penembusan di Malaysia – dan menyasarkan untuk mencapai kadar 95% menjelang tahun 2020 kelak.

Daripada laporan yang dikeluarkan oleh Freedom on The Net juga, menduduki tangga pertama dengan skor sebanyak 6 adalah Iceland, dan menduduki tangga terakhir dengan skor 88 adalah China.

Baca : Laporan Freedom on The Net 2015


TIPS & ULASAN