Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini kita melihat segelintir pemandu teksi menyatakan ketidak-puas hatian terhadap aplikasi seumpama Uber dan juga GrabCar. Kini, sebagai langkah untuk mengatasinya, Klang Valley Taxi Drivers Action Committee mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan aplikasi tersendiri dinamakan sebagai MesraCab.

Melalui aplikasi ini, mereka akan menggunakan pemandu dengan teksi yang menggunakan meter 100% dan telah menerima pengesahan pihak SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) – dan bukannya mengambil sebarang kenderaan seperti Uber dan GrabCar.

MesraCab

MesraCab turut dilihat akan membawakan beberapa perbezaan – termasuk kebolehan pengguna untuk memilih pemandu mereka, disamping akan mengecaj RM2 untuk setiap tempahan yang berjaya.

Aplikasi ini ingin menarik pelbagai pemandu teksi yang telah menggunakan Uber dan GrabCar untuk beralih kepadanya. Perkara ini akan dijayakan dengan kerjasama pelbagai komniti pemandu teksi sekitar Lembah Klang.

Pembangun MesraCab dijangka akan menerbitkan aplikasi ini pada kedai aplikasi utama untuk digunakan pengguna seawal minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd