Warner Brothers Menawarkan Pulangan Wang Kepada Semua Pembeli Batman Arkham Knight PC
Artikel Berkaitan

Warner Brothers Menawarkan Pulangan Wang Kepada Semua Pembeli Batman Arkham Knight PC

Diterbitkan pada November 2, 2015 oleh .

Seperti yang kami laporkan minggu lalu Batman Arkham Knight versi PC masih lagi dilanda masalah selepas mula dijual semula 27 Oktober yang lalu. Antara masalah yang dilaporkan ialah tiadanya sokongan SLI/Crossfire serta pengguna Windows 10 perlu mempunyai sekurang-kurangnya RAM sebesar 12 Gigabyte. Pengguna lain masih lagi melaporkan terdapat pepijat yang membuatkan permainan tidak dapat dimainkan dengan lancar walaupun mereka memiliki PC yang berkuasa tinggi.

Batman-Arkham-City

Pihak Warner Brothers Games hari ini meminta maaf dan menawarkan pulangan wang tanpa syarat kepada semua pembeli yang tidak berpuas hati dengan permainan yang dibeli. Tawaran pulangan wang tanpa syarat ini sah dari hari ini hingga penghujung 2015. Mereka turut akan memulangkan wang kepada pembeli Season Pass yang membeli versi fizikal Batman Arkham Knight. Apa yang berlaku ini amat memalukan bagi pihak Warner Brothers. Pelbagai patch yang dihasilkan nampaknya masih gagal memperbaiki masalah yang telah wujud sejak Jun yang lalu. Diharap selepas ini pengeluar permainan PC akan lebih serius dalam mengawal kualiti permainan sebelum ia dijual kepada orang ramai.


TIPS & ULASAN