Hybrid Strap – Cagak GoPro Yang Dipasang Pada Pergelangan Tangan

Hybrid Strap – Cagak GoPro Yang Dipasang Pada Pergelangan Tangan

Diterbitkan pada November 2, 2015 oleh .

Cagak untuk GoPro ialah aksesori yang perlu dimiliki pemilik kamera aksi ini kerana ianya sukar untuk dipegang. Tidak seperti kamera biasa, GoPro tidak direka untuk dipegang dengan tangan ketika digunakan. Tetapi sekirany anda mahu menggunakannya seperti sebuah kamera point and shoot biasa kini ada cagak khas untuk anda. Hybrid Strap ialah cagak GoPro yang direka untuk dipasang pada pergelangan tangan. GoPro anda kini boleh dipakai seperti sebuah jam tangan ataupun dibiarkan tergantung pada pergelangan tangan. Hybrid Strap boleh digunaka oleh GoPro 3, 3+, 4 and 4 session. Harga jualan cagak ini ialah $30 sebuah. Dengan menggunakan Hybrid Strap anda tidak perlu lagi menggunakan kayu selfie. Anda hanya perlu memasang cagak ini dan mengangkat tangan untuk mengambil gambar.

Hybrid-Strap-2

Hybrid-Strap-1


TIPS & ULASAN