Carian
Penyebar Video Cetak Rompak Popular YIFY Disahkan Menghentikan Operasi
November 2, 2015 Effi Saharudin

Minggu lalu kami melaporkan terdapat laporan yang mengatakan penyebar video cetak rompak popular YIFY  sudah menghentikan operasi. Hari ini kami boleh mengesahkan YIFY memang benar-benar sudah menghentikan operasi mereka. Sebab mengapa mereka berhenti masih lagi tidak diketahui tetapi akan diumumkan di masa hadapan. Tetapi beberapa spekulasi mengatakan ia mungkin kerana mereka mula dikejar pihak berkuasa dan pemegang hak cipta intelek filem yang dicetak rompak.

Penghentian operasi mereka berlaku selang beberapa hari selepas Popcorn Time juga berhenti secara tiba-tiba.  Sejak mula beroperasi pada tahun 2010 YIFY sudah mencetak rompak lebih dari 6000 filem. Filem terakhir yang dikeluarkan mereka adalah Inside Out lebih dua minggu yang lalu. Kehilangan YIFY pastinya dirasai penggemar video cetak rompak kerana mereka menghasilkan video berkualiti tinggi pada saiz yang kecil.

 

Komen