KENXINDA – Satu Lagi Jenama Peranti Dari China Memasuki Pasaran Malaysia

KENXINDA – Satu Lagi Jenama Peranti Dari China Memasuki Pasaran Malaysia

Diterbitkan pada November 2, 2015 oleh .

Terdapat sejumlah peranti daripada pengeluar China di pasaran Malaysia hari ini, dan terkini, turut menyertai pasaran Malaysia adalah KENXINDA. Melancarkan jenama mereka di Malaysia hari ini, KENXINDA turut mengumumkan akan mula menjual lebih kurang 13 peranti – terdiri daripada telefon bimbit, telefon pintar, jam tangan pintar, tablet dan juga powerbank – yang mana semuanya membawakan tanda harga dibawah RM500.

KENXINDA

KENXINDA telah ditubuhkan pada tahun 2003 yang lepas di Shenzen, dengan fokus untuk hadir dengan sejumlah peranti yang membawakan rekabentuk menarik – tetapi pada masa yang sama ditawarkan pada harga rendah. Mereka hanya membuat perdagangan telefon bimbit dan aksesori sehingga tahun 2007, sebelum menubuhkan bahagian pembangunan dan kajian tersendiri. Sejak daripada itu, mereka telah memperluaskan penawaran mereka dan mengeluarkan pelbagai produk baru dibawah portfolio KENXINDA.

Malaysia menjadi negara pertama untuk KENXINDA memperluaskan penawaran mereka di luar China. Seperti matlamat asal, mereka menyasarkan untuk pasaran peranti berharga rendah, dan ingin memasarkan pelbagai produk mereka dibawah RM500.

KENXINDA

KENXINDA

Pihak KENXINDA mengatakan mereka akan membuka beberapa kedai konsep sekitar Malaysia, termasuk di Plaza Low Yat, KL; Queensbay Mall, Pulau Pinang; dan juga Dataran Pahlawan Mall, Melaka. Beberapa jerayawara bergerak turut akan diadakan sekitar beberapa bandar utama di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN